Thursday, May 16, 2013

~Alfatihah Buat Aqil Hamzah,besarnya dugaan mu Erina,smoga tabah menghadapinya~

Assalammualaikum w.b.t

Pagi yang tenang..agak lama aku menyepikan diri dalam menulis blog..Alhamdullillah cukup 2 weeks aku memulakan kerja setelah 3bulan bercuti bersalin..syukur kerana Allah memberi kesihatan yang baik buat anakku Muhammad Irsyad.

 Semalam buka facebook ,terbaca sorang sahabat aku share satu kisah tentang Aqil Hamzah anak blogger Erina yang telah kembali kepada penciptaNya..Ya Allah sedey, sebak dan bermacam perasaan yg aku rasa..Baru aku teringat yang aku penah berurusan utk membeli natalshape dgn Erina..

Kuatnya Dugaan yang ALLAH uji buat Erina dan keluarga..Aku memang merasai bgaimana perasaan apabila anak kecil kite menerima sakit dan ujian dr Allah.Hanya Allah sahaja yng yang tahu perasaan ini.

Bile baca rententan kisah Aqil Hamzah,ya Allah menitis airmata ini..Allah uji Erina apabila umo Aqil Hamzah baru cukup 1 thn 2 bln..berbeza dengan aku anakku irsyad sakit sejak dlm sejak dilahirkan..tidak boleh terbayang bagaimana perasaan apabila anak yg kecil bermain2 bersama n tdo bersama kini tiada lagi disisi buat selamanya..bile baca blog Erina pasal anaknya dari entri lepas..seolah-olah Aqil Hamzah masih hidup..bayi yg cukup comey kurniaan Allah buat Erina dan keluarga...Walaupun tidak mengenali secara dekat hanya melalui blog ,terasa seperti sudah lama mengenali

Buat Erina dan Keluarga..semoga tabah melalui kehidupan ini..Yang Pasti Aqil Hamzah ,Allah janjikan syurga buat dirinya..Beruntunglah Erina kerana Allah kurniakan ahli syurga buat dirimu.Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul.Allah sayangkan erina sbb tu Allah uji kamu dgn dugaan ini..Kagum dengan ketabahan mu Erina semoga Allah sentiasa memberi perlindungan dan kekuatan buat Erina dan keluarga


Alfaihah buat Aqil Hamzah Tersayang..Damailah kamu disana bersama2 orang2 yang soleh

blog Erina :

http://whitevincci.blogspot.com/2013/05/perginya-seorang-permata-hati-indah.html?spref=fb

p/s: Sebaknya rasaa (T_T)


Friday, January 4, 2013

~Januari Bulan Yang sangat mendebarkan..2 ujian menantiku serentak~

Assalammualaikum w.b.t

        Tetiba mood nak mengarang blog..walhal banyak keje aku perlu settlekan sebelum nak bercuti panjang nie..Agak lama aku menyepikan diri utk mengarang2 blog nie..hehe..ini merupakan pembukaan penulisan pada tahun baru…

          Masih x terlambat untuk ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada rakan2 blog sekalian..Smoga pada tahun nie,dilimpahkan segala rezeki yang melimpah ruah..Aamiin..

          Bulan Januari 2013 tercatat ada 2 ujian menantiku..lain orang lain ujiannya..itulah kehidupan..Allah S.w.T telah merencanakan sesuatu yg baik utk hamba-hambaNya.. Hanya insan yang Kuat,tabah dan sabar dapat menempuhnya.. =)..aku sangat berdebar menantinya..Semoga Allah memudahkan jalan yang bakal aku lalui..aamiin

          Ujian pertama adalah ujian nak mengambil peperiksaan final master aku..dup dap berdebar2 gile..tp mood study xdtg lagi..mcam mane nak wat eh..huhuhu..final kali nie buat aku rasa sgt bimbang..boleh ker nak jawab (rasa mcam xtau ape plak blja kali nie), smpt ke nak amik (hope sgt2 smpt amik..huhhuh)..smoga Allah dapat memberi buah fikiran semasa menjawab final nnt..Kepada rakan2 sekuliah..doaku semoga Berjaya ye..harap kite sume dapat menjawab dengan mudahnya..aamiin..

             Ujian kedua adalah untuk menyambut kelahiran org ketiga..dalam keadaan sarat begini ibu gagahkan juga untuk membuat segala perkara sebelum bercuti..xsabar menunggu kelahiran ini..walaupun aku tau banyak dugaan & cabaran semasa mengandungkannya..puas ibu menangis dan ibu berdoa..tp kali nie, ibu redha dengan semuanya…skang ibu mampu tersenyum dan gelak bersama rakan2..tp dlm hati,hanya Allah yang tahu..smoga Allah memberikan keajaiban kepada bayi ku nnt..ibu sgt gembira ketika kamu sangat aktif dalam perut ibu..Ibu menerima seadanya kamu..Kerana kamu adalah amanah Allah yg Allah berikan kepada ibu & ayah..Teringat kata2 doc tempoh hari,Ibu sihat,tiada masalah tp memang Allah nak ciptakan sebegitu,ujian utk kamu ibu.Jadi ibu kene kuat & jgn stress k,ada hikmahnya’..aku masih mampu tersenyum mendengar kata2 doc..yer dgn senyuman mampu  menghilangkan segala masalah..Selagi anak ibu xkuar lagi,selagi itu ibu mengharapkan doa ibu dimakbulkan Allah..Allah itu Maha adil kepada hamba-hambaNya..smoga Allah memberi kekuatan kepada diriku…

“Apabila seseorang hamba gagal mendapatkan bantuan dari sesame manusia dan sudah putus asa terhadap mereka,nescaya dalam hatinya akan timbul harapan kepada Tuhannya dan dia akan mengajukan permohonannya kepada Tuhannya. Allah Yang Maha Esa pasti mengabulkan permohonannya,menghilangkan kesusahan yang sedang menimpanya,menyingkirkan kesedihan yang menyelimutinya,menggantikan kesempitannya dengan kelapangan,kedukaannya dengan kegembiraan dan kesusahannya dengan kebahagiaan’’ Ibn Qayyim Al-Jawziyah


P/S: Lepas amik final master nie,terus p spital jupe doc pula n bercuti panjang..kebetulan date yg sama..smoga Allah permudahkan urusan ku…aamiin..

Sunday, May 20, 2012

~Adot & Zali's Wedding~

Assalam to all my friends ...buat ape kamu disana ya...^_^

haha..mimpi ape aku nie...rasa da lama x update my blog...tetiba nak upload gmbr my bff adot wedding..hehee..alhamdulillah gembira dengan life adot skang...hmpir 3 month kan2..adot...sorry ye dear..i br nak upload gmbr u kat my blog..hehe..aku menumpang snap gmbr nie je..Photographer yg telah dilantik adalah dari dr onechannel photography ..OP die adalah khairun najmi..good jobs bro..cantik gmbr2...^_^...kredit to kak azlina hashim..yang sgt cantik n komited ngn keje die...tak sabar jupe dis week kak lina..^^..

behind de scene ^_^


So sweet kamu....=)


alhamdulillah selesai sudahh...


adot's siblings..kamu sume sgt besttt..


nak wat camne jugaaa....


me with pengantin..alahaii...tembam gile muka time nih..hehe


' Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia.Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadpa sesama insan,lebih-lebih lagi kepada Allah s.w.t kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya' sharing is caring..^_*


Monday, May 14, 2012

~Jika AKu Jatuh Hati~

Bismillahirrahmannirahim
Ya Allah,jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku,
menyentuh hati
seseorang yang hatinya terjatuh
aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padaNya
agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya..Rabbul izzati
jika aku rindu
rindukanlah aku
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
jika aku menikmati cinta kekasihmu,
janganlah kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih
dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia
kepadaMu

Ya Allah
jika kau halalkan aku
merindui kekasihMu
jangan biarkan aku
melampaui batas
sehingga melupakan aku pada
cinta hakiki dan rindu
abadi hanya kepadaMu


p/s :menitis2 airmata ku bile dngr sajak nie...(T_T)..petang2 tetiba tgh layan video2 yng menginsafkan diri...

Wednesday, May 2, 2012

~2 Mei 2012~

Assalammualaikum w.b.t


Syukur alhamdullillah..
 2 Mei 2012
Genap sudah umurku 28 tahun…muda lg kan?..heee..
Terima kasih Ya ALLAH,memanjangkan umur diriku pada harini..
Semakin bertambah umurku kini..smakin dekat aku kepada kematian..
Semoga tahun ini,ALLAH permudahkan jalan yang bakal aku lalui..semoga Allah memberkati hidupku..
Yang berlalu jangan dikenang,..aku hidup untuk hari ni..hari esok masih dialam ghaib lagi…
DenganMu aku hidup,DenganMu aku mati,
Hanya padaMu kuteruskan hidup..
Terima kasih segalanya…Ya Allah…

Terharu menerima ucapan daripada sahabat2..tidak kira samada kenal secara rapat dan kenal secara di alam maya..kalian sume sgt menghargai persahabatan yang terjalin ini..
Terima kasih kepada sahabat2 yang mndoakan sy..sy doakan agar kalian sume sentiasa dirahmatiNya..smoga ALLah Membalasnya…amin..


Yang benar,
Nur Aty...



p/s:skali skala mengarang warkah yang jiwang2 dalam blog..hihihi




Tuesday, April 3, 2012

~Izan + Hasni's Wedding~

Assalammualaikum w.b.t..

terasa lame tidak mengupdate xtvti di blog niee..ada ker yg folo2..hikhik..sibuk dgn segala
xtvti..syukur alhamdullillah..smoga Allah permudahan urusan ku..amin

skang br terasa ter'rajin' nk update wedding my kazen..aku panggil die izan je..even tu
dianggap pakcik aku..(means my mother's cousin)..

So kat sini br nak share gambar hari bersejarah mereka yg selamat berlangsung pada hujung januari 2012 lepas..

Gambar kat kl..zuhar arrange kan....so sorry izan.. =( ..insyallah kalu smpt nak trn kuantan next week jpe korang k)



Majlis bertandang umah Izan..


Majlis Pernikahan


Majlis Bersanding



Sesi Outdoor


Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. sharing is caring (^^)

Tuesday, January 3, 2012

The ladies Photographer Giveaway

Assalam to blogger sume..xpenah2 join contest begini..sbbnya..xyah kreatif mana..just klik like n follow sume saja..senang kan..=)


Kamu sume pon bole join juga..xda masalah..saper yg bertuah masa cabutan tersebut..andalah dapat hadiahnya..k..sharing is caring..(^^)

Untuk mendapat tau lebih lanjut bole klik disini..de owner blog tersebut..jangan lupe klik k..(^^)
The ladies photographer giveaway

kat sini saya link kepada 6 owg blogger..(walaupun xde la ramai sgt..hehe..just support de contest)..


Cepat2 tarikh tutup adalah 31 Januari 2012..Jangan terlambat k..Selamat Mencuba..(^^)

P/S:xpenah2 join..tetiba nk mencuba..hikhikhik