Wednesday, June 12, 2013

Contest Baby Ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com


Assalammualaikum w.b.t



Jom join ..tetiba semangat berkobar2 nak join contest..1st time  baaru nk join contest gini..menarik sangat contest oleh safiyyah..ibu muda yg cantik..adelia pon cute =)..kawan2 berminat ikut syarat2 dibawah ni k..

Ramai2 joinn!!

syarat ni untuk join ikut blog ye :-


1. Jika anda nak join melalui entry blog,  anda harus letak title entry :: contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com





2. Anda harus masukkan gambar banner contest. (gambaq Adelia di atas ye)



3. Masukkan juga gambar anak anda dalam mood ceria.





4. Anda perlu menulis di bawah gambar tersebut :- " mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"





5. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.



List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).



1.rocker fishes price newborn to todder(biru).

2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)

3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)

4.toys storage(pooh,cars,princess)

5.playmat mothercare(pink, lion)

6.toilet train toddler

7.elc purple with hanging toys



6. Submit kepada Safiyyah entry tersebut dengan meninggalkan link entry anda pada ruang komen.





7. Sama ada join melalui facebook atau blog,anda jangan lupa untuk letak nama penuh anda dan nama baby anda.

start 12.6.2013 hingga 7.7.2013.

maklumat yang lebih detail klik sini k


sebenarnya xtau nak pilih gmbar Irsyad yang mana..sebab banyak gambar die semuanya tdo..uhhuhu..kalu die senyum pon,ibu lambat sket bertindak utk snap =p..xpela..letak gmbr yg nie..harap mama safiyya bg hadiah tu kat Irsyad..hehehe.. Ceria x gambar ni..??..perasannya ibu kamu ni Irsyad






Lagi jangan lupe lawat blog  http://barangbabymurah.blogspot.com
harga pon berbaloi2..borong,minimum 1barang 
 
saya ulang yer

mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com


Kalu menang kan best kan Irsyad..hehe..InshaAllah..rasanya ini adalah keinginan ibunya...hihihi =p..
 

ok ibu nak pilih hadiah  rocker fishes price newborn to todder(biru)...kalu ada rezeki Inshaallah..

Good Luck to All mommies disana...^_^

Ni nama penuh ibu : Nor Hasnati Abdull Patas
Ni nama penuh baby : Muhammad Irsyad Bin Ahmad Husni




Byee,,..xsabar nk tggu keputusan ^_*

Sunday, May 19, 2013

~Muhammad Irsyad..sama kerr?~

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah hujan rahmat petang ni...Semoga kalian semua berada dibawah lindunganNya

Mood mengarang tetiba datang..mmg bersarang2 da blog ni..sebenarnya xtau nak buat ape petang nie..sementara nak tunggu hujan reda sket..rehat2 kejap kat opis ni..lagipon irsyad skang tinggal jauh ngan ibu..nak kata xigt..tipula tu..semestinya setiap  masa tu ,teringat kat Irsyad memanjang..sob2..(T_T)

Semalam belek2 gmbr dlm laptop..terjupe satu gmbr bb matsaleh yg kiut miut..belek punye belek..aku cuba compare kan ngan gmbr Irsyad..time ni memang xde keje ibu sibuk mengedit menyusun gmbr..heee..




tadaaa...ada iras2 x?..perasaan plak ibu kamu nie yerp Irsyad.. = p ..mungkin masa mengandung kamu,ibu suka tgk gmbr bb nie..tp yg pasti kamu adalah anaak umi n abi..xkisahla bagaimana rupa kamu, keadaan kamu ,ibu terima dengan hati yng gembira..Irsyad anak ibu kurniaan Allah yang xternilai  buat Umi n Abi..Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh ye sayang..

Hujan2 gini ,terasa sayu jep bile mengenangkan diri kamu...Syukur kepada Allah masih memberikan kesihatan yang baik buat Irsyad..

p/s: mood menghitung hari...










Thursday, May 16, 2013

~Alfatihah Buat Aqil Hamzah,besarnya dugaan mu Erina,smoga tabah menghadapinya~

Assalammualaikum w.b.t

Pagi yang tenang..agak lama aku menyepikan diri dalam menulis blog..Alhamdullillah cukup 2 weeks aku memulakan kerja setelah 3bulan bercuti bersalin..syukur kerana Allah memberi kesihatan yang baik buat anakku Muhammad Irsyad.

 Semalam buka facebook ,terbaca sorang sahabat aku share satu kisah tentang Aqil Hamzah anak blogger Erina yang telah kembali kepada penciptaNya..Ya Allah sedey, sebak dan bermacam perasaan yg aku rasa..Baru aku teringat yang aku penah berurusan utk membeli natalshape dgn Erina..

Kuatnya Dugaan yang ALLAH uji buat Erina dan keluarga..Aku memang merasai bgaimana perasaan apabila anak kecil kite menerima sakit dan ujian dr Allah.Hanya Allah sahaja yng yang tahu perasaan ini.

Bile baca rententan kisah Aqil Hamzah,ya Allah menitis airmata ini..Allah uji Erina apabila umo Aqil Hamzah baru cukup 1 thn 2 bln..berbeza dengan aku anakku irsyad sakit sejak dlm sejak dilahirkan..tidak boleh terbayang bagaimana perasaan apabila anak yg kecil bermain2 bersama n tdo bersama kini tiada lagi disisi buat selamanya..bile baca blog Erina pasal anaknya dari entri lepas..seolah-olah Aqil Hamzah masih hidup..bayi yg cukup comey kurniaan Allah buat Erina dan keluarga...Walaupun tidak mengenali secara dekat hanya melalui blog ,terasa seperti sudah lama mengenali

Buat Erina dan Keluarga..semoga tabah melalui kehidupan ini..Yang Pasti Aqil Hamzah ,Allah janjikan syurga buat dirinya..Beruntunglah Erina kerana Allah kurniakan ahli syurga buat dirimu.Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul.Allah sayangkan erina sbb tu Allah uji kamu dgn dugaan ini..Kagum dengan ketabahan mu Erina semoga Allah sentiasa memberi perlindungan dan kekuatan buat Erina dan keluarga


Alfaihah buat Aqil Hamzah Tersayang..Damailah kamu disana bersama2 orang2 yang soleh

blog Erina :

http://whitevincci.blogspot.com/2013/05/perginya-seorang-permata-hati-indah.html?spref=fb

p/s: Sebaknya rasaa (T_T)


Friday, January 4, 2013

~Januari Bulan Yang sangat mendebarkan..2 ujian menantiku serentak~

Assalammualaikum w.b.t

        Tetiba mood nak mengarang blog..walhal banyak keje aku perlu settlekan sebelum nak bercuti panjang nie..Agak lama aku menyepikan diri utk mengarang2 blog nie..hehe..ini merupakan pembukaan penulisan pada tahun baru…

          Masih x terlambat untuk ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada rakan2 blog sekalian..Smoga pada tahun nie,dilimpahkan segala rezeki yang melimpah ruah..Aamiin..

          Bulan Januari 2013 tercatat ada 2 ujian menantiku..lain orang lain ujiannya..itulah kehidupan..Allah S.w.T telah merencanakan sesuatu yg baik utk hamba-hambaNya.. Hanya insan yang Kuat,tabah dan sabar dapat menempuhnya.. =)..aku sangat berdebar menantinya..Semoga Allah memudahkan jalan yang bakal aku lalui..aamiin

          Ujian pertama adalah ujian nak mengambil peperiksaan final master aku..dup dap berdebar2 gile..tp mood study xdtg lagi..mcam mane nak wat eh..huhuhu..final kali nie buat aku rasa sgt bimbang..boleh ker nak jawab (rasa mcam xtau ape plak blja kali nie), smpt ke nak amik (hope sgt2 smpt amik..huhhuh)..smoga Allah dapat memberi buah fikiran semasa menjawab final nnt..Kepada rakan2 sekuliah..doaku semoga Berjaya ye..harap kite sume dapat menjawab dengan mudahnya..aamiin..

             Ujian kedua adalah untuk menyambut kelahiran org ketiga..dalam keadaan sarat begini ibu gagahkan juga untuk membuat segala perkara sebelum bercuti..xsabar menunggu kelahiran ini..walaupun aku tau banyak dugaan & cabaran semasa mengandungkannya..puas ibu menangis dan ibu berdoa..tp kali nie, ibu redha dengan semuanya…skang ibu mampu tersenyum dan gelak bersama rakan2..tp dlm hati,hanya Allah yang tahu..smoga Allah memberikan keajaiban kepada bayi ku nnt..ibu sgt gembira ketika kamu sangat aktif dalam perut ibu..Ibu menerima seadanya kamu..Kerana kamu adalah amanah Allah yg Allah berikan kepada ibu & ayah..Teringat kata2 doc tempoh hari,Ibu sihat,tiada masalah tp memang Allah nak ciptakan sebegitu,ujian utk kamu ibu.Jadi ibu kene kuat & jgn stress k,ada hikmahnya’..aku masih mampu tersenyum mendengar kata2 doc..yer dgn senyuman mampu  menghilangkan segala masalah..Selagi anak ibu xkuar lagi,selagi itu ibu mengharapkan doa ibu dimakbulkan Allah..Allah itu Maha adil kepada hamba-hambaNya..smoga Allah memberi kekuatan kepada diriku…

“Apabila seseorang hamba gagal mendapatkan bantuan dari sesame manusia dan sudah putus asa terhadap mereka,nescaya dalam hatinya akan timbul harapan kepada Tuhannya dan dia akan mengajukan permohonannya kepada Tuhannya. Allah Yang Maha Esa pasti mengabulkan permohonannya,menghilangkan kesusahan yang sedang menimpanya,menyingkirkan kesedihan yang menyelimutinya,menggantikan kesempitannya dengan kelapangan,kedukaannya dengan kegembiraan dan kesusahannya dengan kebahagiaan’’ Ibn Qayyim Al-Jawziyah


P/S: Lepas amik final master nie,terus p spital jupe doc pula n bercuti panjang..kebetulan date yg sama..smoga Allah permudahkan urusan ku…aamiin..