Friday, January 4, 2013

~Januari Bulan Yang sangat mendebarkan..2 ujian menantiku serentak~

Assalammualaikum w.b.t

        Tetiba mood nak mengarang blog..walhal banyak keje aku perlu settlekan sebelum nak bercuti panjang nie..Agak lama aku menyepikan diri utk mengarang2 blog nie..hehe..ini merupakan pembukaan penulisan pada tahun baru…

          Masih x terlambat untuk ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada rakan2 blog sekalian..Smoga pada tahun nie,dilimpahkan segala rezeki yang melimpah ruah..Aamiin..

          Bulan Januari 2013 tercatat ada 2 ujian menantiku..lain orang lain ujiannya..itulah kehidupan..Allah S.w.T telah merencanakan sesuatu yg baik utk hamba-hambaNya.. Hanya insan yang Kuat,tabah dan sabar dapat menempuhnya.. =)..aku sangat berdebar menantinya..Semoga Allah memudahkan jalan yang bakal aku lalui..aamiin

          Ujian pertama adalah ujian nak mengambil peperiksaan final master aku..dup dap berdebar2 gile..tp mood study xdtg lagi..mcam mane nak wat eh..huhuhu..final kali nie buat aku rasa sgt bimbang..boleh ker nak jawab (rasa mcam xtau ape plak blja kali nie), smpt ke nak amik (hope sgt2 smpt amik..huhhuh)..smoga Allah dapat memberi buah fikiran semasa menjawab final nnt..Kepada rakan2 sekuliah..doaku semoga Berjaya ye..harap kite sume dapat menjawab dengan mudahnya..aamiin..

             Ujian kedua adalah untuk menyambut kelahiran org ketiga..dalam keadaan sarat begini ibu gagahkan juga untuk membuat segala perkara sebelum bercuti..xsabar menunggu kelahiran ini..walaupun aku tau banyak dugaan & cabaran semasa mengandungkannya..puas ibu menangis dan ibu berdoa..tp kali nie, ibu redha dengan semuanya…skang ibu mampu tersenyum dan gelak bersama rakan2..tp dlm hati,hanya Allah yang tahu..smoga Allah memberikan keajaiban kepada bayi ku nnt..ibu sgt gembira ketika kamu sangat aktif dalam perut ibu..Ibu menerima seadanya kamu..Kerana kamu adalah amanah Allah yg Allah berikan kepada ibu & ayah..Teringat kata2 doc tempoh hari,Ibu sihat,tiada masalah tp memang Allah nak ciptakan sebegitu,ujian utk kamu ibu.Jadi ibu kene kuat & jgn stress k,ada hikmahnya’..aku masih mampu tersenyum mendengar kata2 doc..yer dgn senyuman mampu  menghilangkan segala masalah..Selagi anak ibu xkuar lagi,selagi itu ibu mengharapkan doa ibu dimakbulkan Allah..Allah itu Maha adil kepada hamba-hambaNya..smoga Allah memberi kekuatan kepada diriku…

“Apabila seseorang hamba gagal mendapatkan bantuan dari sesame manusia dan sudah putus asa terhadap mereka,nescaya dalam hatinya akan timbul harapan kepada Tuhannya dan dia akan mengajukan permohonannya kepada Tuhannya. Allah Yang Maha Esa pasti mengabulkan permohonannya,menghilangkan kesusahan yang sedang menimpanya,menyingkirkan kesedihan yang menyelimutinya,menggantikan kesempitannya dengan kelapangan,kedukaannya dengan kegembiraan dan kesusahannya dengan kebahagiaan’’ Ibn Qayyim Al-Jawziyah


P/S: Lepas amik final master nie,terus p spital jupe doc pula n bercuti panjang..kebetulan date yg sama..smoga Allah permudahkan urusan ku…aamiin..