Thursday, May 16, 2013

~Alfatihah Buat Aqil Hamzah,besarnya dugaan mu Erina,smoga tabah menghadapinya~

Assalammualaikum w.b.t

Pagi yang tenang..agak lama aku menyepikan diri dalam menulis blog..Alhamdullillah cukup 2 weeks aku memulakan kerja setelah 3bulan bercuti bersalin..syukur kerana Allah memberi kesihatan yang baik buat anakku Muhammad Irsyad.

 Semalam buka facebook ,terbaca sorang sahabat aku share satu kisah tentang Aqil Hamzah anak blogger Erina yang telah kembali kepada penciptaNya..Ya Allah sedey, sebak dan bermacam perasaan yg aku rasa..Baru aku teringat yang aku penah berurusan utk membeli natalshape dgn Erina..

Kuatnya Dugaan yang ALLAH uji buat Erina dan keluarga..Aku memang merasai bgaimana perasaan apabila anak kecil kite menerima sakit dan ujian dr Allah.Hanya Allah sahaja yng yang tahu perasaan ini.

Bile baca rententan kisah Aqil Hamzah,ya Allah menitis airmata ini..Allah uji Erina apabila umo Aqil Hamzah baru cukup 1 thn 2 bln..berbeza dengan aku anakku irsyad sakit sejak dlm sejak dilahirkan..tidak boleh terbayang bagaimana perasaan apabila anak yg kecil bermain2 bersama n tdo bersama kini tiada lagi disisi buat selamanya..bile baca blog Erina pasal anaknya dari entri lepas..seolah-olah Aqil Hamzah masih hidup..bayi yg cukup comey kurniaan Allah buat Erina dan keluarga...Walaupun tidak mengenali secara dekat hanya melalui blog ,terasa seperti sudah lama mengenali

Buat Erina dan Keluarga..semoga tabah melalui kehidupan ini..Yang Pasti Aqil Hamzah ,Allah janjikan syurga buat dirinya..Beruntunglah Erina kerana Allah kurniakan ahli syurga buat dirimu.Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul.Allah sayangkan erina sbb tu Allah uji kamu dgn dugaan ini..Kagum dengan ketabahan mu Erina semoga Allah sentiasa memberi perlindungan dan kekuatan buat Erina dan keluarga


Alfaihah buat Aqil Hamzah Tersayang..Damailah kamu disana bersama2 orang2 yang soleh

blog Erina :

http://whitevincci.blogspot.com/2013/05/perginya-seorang-permata-hati-indah.html?spref=fb

p/s: Sebaknya rasaa (T_T)


No comments:

Post a Comment