Tuesday, May 25, 2010

~hepy Birthday to My dAD~

Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Ayahku..Allah selamatkan kamu..Alhamdulillah genap umur ayahku 55thn...muda lagik x?..ehehe..

Semoga dipanjangkan umo & dimurahkan rezeki..tepon dr pagi td xdpt2..sibuk ngan keje la kot..
xpe2..anak2 mu sume mengingati tarikh kelahiranmu ok..

Selamat Hari Lahirr Abahh

Sunday, May 23, 2010

~Al-fatihah buat Arwah Sabitah & Smoga Hidayat Selamat~

Ari Jumaat malam (21 Mei 2010)..tgh aku berehat2 d umah ,aku menerima panggilan telefon dpd seorang student yang mengatakan bahawa anak buah aku (penasihat akademik) telah kembali ker rahmatullah akibat xcident..terkejut aku menerima panggilan tersebut..tetiba student itu mengatakan sorang lagi kritikal pada ketika itu..skali lagi aku terkejut..kerana sorang lagi itu merupakan student anak buah (kelab elektrik) yg baek juga dngnku..Ya Allah..mengigil sume otot ku mendengarnya..

Aku blank..xtau nk wat pe ketika itu..dlm kepala aku teringat hendak meminta aisyah(student kelab) aku menemaniku shj..perjalanan ke hospital yg kurasakan sekejap..tetapi rasa agak lame juga utk tiba..sampai2..aku dapati kawasan persekitaran hospital dungun..penuh dgn pelajar2 iaitu sahabat2 mereka dan sanak saudara mereka..

aku pergi kearah student yg menelefonku..menanyakan keadaan student (YAT) tersebut..ketika itu berada d unit kecemasan..mereka tidak berapa pasti keadaannya..yang pasti mereka masih menunggu utk melihat keadaanya..kemudian aku pergi ke bhgian forensik..utk melihat jenazah..alfatihah utk arwah sabitah..keadaan die elok dpd luar..cuma ada pendarahan yg banyak & kecederaan dlman akibat xciddent tersebut..smoga Allah menempatkannya bersama orang2 yg beramal soleh..

Aku berjumpa dgn ibu kepada arwah..berharap die bersabar menerima dugaan tersebut..aku paham keadaannya..kerana aku pernah melalui saat2 tersebut..malam itu,jenazah dimandikan dan dikafankan terus utk dikebumikan terus..Manakala Yat terus dihantar ke Hospital K.Tganu utk mendpt rawatan yg selanjutnya..

Tgh malam itu,aku pulang sekejap di umah utk menyiapkan diri dan seterusnya utk pergi ke majlis pengembumiian arwah..tetapi aku xsmpt utk tiba dikawasan tersebut..kerana sewaktu perjalanan aku sesat..mujurla ada 3 org std menemani ku..

Pada keesokkannya (22 mei 2010),aku bercadang utk melawat terus Yat di ICU..Sesampai sana..aku berjumpe dgn ayahnya..menanyakan keadaannya..Die mengatakan Yat masih kritikal,tp stabil..cuma berlaku paru2 bengkak & ada sket kebengkakkan otak..aku berdoa hidayat selamat..kuatkan semangat...

Aku masuk ke ICU bersama ibu Yat..Ibu Yat sungguh tabah aku lihat..setiap kali bercerita..pasti die mengeluarkan airmata..ibu mana x sedey melihat keadaan anaknya itu..aku lihat keadaan Yat stabil berbanding sms aku temui di hospital..mujur jantungnya tiada ape2 yg berlaku..


Kepada keluarga Arwah Nur Sabitah..takziah diucapkan..terutama kepada Ibunya..aku lihat sungguh tabah die menghadapi nya..smoga Arwah ditempatkan bersama2 owg yg beramal soleh..arwah ialah seorang insan yang baik..walaupun sekejap shj aku dpt berkenalan dgnnya..tp terasa lama & kepada keluarga Hidayat aku harap mereka sabar menerimanya..Ibubapa Hidayat cukup tenang menghadapi keadaan ini..walaupun aku tau ,ketika itu mereka sedey melihat keadaan anaknya..aku berdoa smoga hidayat dicepatkan sembuh dan kembali kepada yg asal..smoga Allah makbulkan doa ini..Amin..teringat aku..hidayat ini selalu juga singgah opis aku..kalu bukan pasal keje Kelab, tak pun saje2 berborak2 dngn ku..Hidayat sgt baik orangnya..

Sunday, May 16, 2010

~Selamat Hari Guru~

Salam kepada semua-semua cikgu-cikgu,pensyarah-pensyarah & pendidik-pendidik semua
selamat hari guru..jasamu akan ku kenang sampai bile2..
kalu bukan ilmu yng dicurahkan daripada kamu semua..
aku xkan jadi seperti ini..Terima kasih segalanya

Wednesday, May 12, 2010

~Hepy birthdAY to My coUSIn~

slamat hari lahir..slamat hari lahir,..slamat hari lahir huzaifah..slamat hari lahir..(dlm keadaan menyanyi)..hehe..disebabkan die aku leh bergayut free..hikhikhik..(aku gune kad pengenalan die register line tepon)...even begitu pon..die mmg rapat dgn ahli keluarga aku..dah anggap die cam adik aku sendiri pon even die cousin aku...ape2 pon smoga die dimurahkan rezeki , dipanjangkan umo dan berjaya dlm kehidupan die..aku dah janji ngan die..kalu die dpt msuk mane2 pusat pengajian..aku akan belanja handphone...(^_^)..


Saturday, May 8, 2010

~Al-fatihah,perginya xkembali~

''Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati''

Bingkisan lirik drpada lagu kau sahabat kau teman..sungguh menyentuh hati (T_T)

Hari ni 9 mei 2010 genap 6 thn adik ku pergi mengadap Ilahi..dan pada hari yg sama keluargaku menerima ahli keluarga baru..seolah2 mengantikan pemergian adikku ini..beribu kenangan masih kekal didalam memory ku..suka duka bersama dengannya xkan aku lupakan..

Adikku pergi meninggalkan kami pada usia yg masih meningkat remaja iatu pada 17thn..kami sekeluarga redha dengan pemergiaan insan yg cukup baik dlm keluarga kami..kematiannya disebabkan penyakit ketumbuhan otak yg dialami slama setahun..

Dalam masa setahun tula,hospital menjadi tmpt rumah ke-2 kami..tiap2 kali aku blk dr Universiti aku akan pergi ke hospital dan tdo disana..walaupun xla begitu selesa tp aku cukup puas kerana dpt menjaga adikku..mak & ayah aku slalu berpesan..kalaulah mak & ayah tiada..jagalah adik ni baek2..tp Allah lebih menyayanginya..Allah telah meminjamkannya sementara utk aku sekeluarga..aku bersyukur kerana kami diberi peluang utk bersamanya walaupun seketika..Jika dia masih hidup umurnya adalah 23 tahun..

Aku masih ingat lagi..senyumannya sewaktu dia sakit..walaupun pada ketika itu,dia tgh kesakitan dia x penah mengeluh..aku bangga dengan adikku..dan pada ketika itu juga..sedikit demi sedikit kudratnya makin kurang..bermula susut badan,tidak boleh berjalan,tidak boleh duduk,tidak boleh mengangkat tangan,pertuturan kurang lancar dan tidak boleh melihat kami semua..even matanya yang bulat celik..tp dia mmg xbole melihat kami..Ya Allah,sungguh tabah adikku ketika itu..xpenah pon nampak dia menangis..kami yg melihatnya menangis...

Mak aku insan yg paling tabah & sabar menjaga adikku..dgn tanpa ayah & adik2 aku tiada disisi kerana masih bekerja & belajar di kl..dia menjaga sendiri di kampung dirumah nenek & atukku..aku masih igt lagi..tiap2 kali lepas sembahyang aku slalu tgk mak aku menangis..aku slalu peluk dia utk tenangkan dia..aku tahu mak aku perlukan sokongan..bila ada aku pulang,ringan sedikit bebannya..

Disaat ketika dia dalam keadaan nazak,aku,mak,nenek,atuk,makcik berada disisinya..mengajarnya syahadah..aku berikan air zam2 dan mengadapkannya dihadapan kiblat..aku nampak dadanya turun naik nafas..mulutnya seolah2 membaca sesuatu..dan...

Inna Lillah Wa Inna 'ilayhi raji'un..daripadaNya Kita datang & kepadaNya kita kembali...

Semoga adikku ditempatkan bersama2 dikalangan orang2 yang beramal soleh dan beriman..Al-fatihah..Mohammad Fakru Razi Bin Abdull Patas...dirimu tetap kami ingati slalu didalam hati kami semua...

Friday, May 7, 2010

~mY NEw collection fridge magnet~

my new collection fridge magnet..

cute x..beli masa di pesta konvo PSMZA..




~Thanks to My Anak PA~


Aku terharu...

hehe..sungguh xsangka anak PA aku menghadiahkan hadiah kpdku..even simple je..tp cukup bermakna utk aku..aku xpenah minta pon dorang kasi hadiah pon..tp bile dah dpt..hati cukup gembira..rasa diri diingati..hehe..thanks to hasmida..saya doakan kamu berjaya dalam exam final nnt k..dan kepada semua anak2 PA,pelajar2 saya & seluruh warga pelajar PSMZA semoga berjaya didalam final exam nnt..wish u all de best..(^_^)


Monday, May 3, 2010

~My hOBbies~


xde keje cari keje..hehe..nak share my hobby..
mula2 tertarik utk wat collection time tuh thn 2008..baru 2 thn lepas..aku p umah adot kat Teluk Intan..then aku tertarik dgn satu sudut kat peti ais die...mmg cantik..ape die korang tau,..jeng2..fridge magnet..aku jd kemaruk utk mengumpul fridge magnet..hehe..bile aku p umah adot(setakat ni 2kali k)..aku sure p belik2 tgk kat fridge magnet..

so bermula..pengambaraan aku mengumpul fridge magnet..pada mulanya aku nak collect fridge magnet dr oversea shj..xpe masalah susah plak nak dpt stok..kekadang aku sanggup tgk kat internet nak cari bende2 nie..hehe..

Last2..aku tkr pikiran..aku nak collect fridge magnet yg dr oversea + yg menarik hati..biasa kalu aku p jalan2..aku nampak fridge magnet yg cam pelik n cantik2 aku akan beli..lagi satu..kawan2 aku yg tahu akan hobby aku ni,dorang akak belikan utk aku satu..hehe..kalu x..aku kirim je..hehe

Setakat nie,,yg oversea aku x byk collection ,tp ada dari Las Vegas,Jepun,United Kingdom,australia and aku masih menanti yag dr Bandung + Ireland + Thailand..hehe (^_^)..paling byk dr malaysia la..xpela wat permulaan kan3..hobby ni juga merebak ke ahli keluarga aku..sampaikan adik and my mum aku pon support gak..hehe..salute dorang..

dlm masa yg sama ..aku pon suke mengumpul keychain..keychain ni kebayakkan di beri oleh kawan2 aku yg suka sgt travel..aku yg stay dptla cenderahati dr dorang..ada dr spanyol,china,thailad,bandung,karabi,autralia, paris and from malaysia..best2..sgt kamu semua..


Sunday, May 2, 2010

~heppy birthday for me ^_^~

Alhamdulillah cukup thn nie genap dah umo aku 26 years old...muda lagi kan..hikhik..perasan..syukur arini,aku masih bernafas lagi & diberi peluang utk meneruskan hidup di dunia ini..harapan aku smoga tahun ini memberi byk perubahan dlm hidup aku..Insyallah..terima kasih pd sume yg memberi ucapan x kire smada di handphone or di facebook..thanks a lot ya.. =)