Saturday, May 8, 2010

~Al-fatihah,perginya xkembali~

''Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati''

Bingkisan lirik drpada lagu kau sahabat kau teman..sungguh menyentuh hati (T_T)

Hari ni 9 mei 2010 genap 6 thn adik ku pergi mengadap Ilahi..dan pada hari yg sama keluargaku menerima ahli keluarga baru..seolah2 mengantikan pemergian adikku ini..beribu kenangan masih kekal didalam memory ku..suka duka bersama dengannya xkan aku lupakan..

Adikku pergi meninggalkan kami pada usia yg masih meningkat remaja iatu pada 17thn..kami sekeluarga redha dengan pemergiaan insan yg cukup baik dlm keluarga kami..kematiannya disebabkan penyakit ketumbuhan otak yg dialami slama setahun..

Dalam masa setahun tula,hospital menjadi tmpt rumah ke-2 kami..tiap2 kali aku blk dr Universiti aku akan pergi ke hospital dan tdo disana..walaupun xla begitu selesa tp aku cukup puas kerana dpt menjaga adikku..mak & ayah aku slalu berpesan..kalaulah mak & ayah tiada..jagalah adik ni baek2..tp Allah lebih menyayanginya..Allah telah meminjamkannya sementara utk aku sekeluarga..aku bersyukur kerana kami diberi peluang utk bersamanya walaupun seketika..Jika dia masih hidup umurnya adalah 23 tahun..

Aku masih ingat lagi..senyumannya sewaktu dia sakit..walaupun pada ketika itu,dia tgh kesakitan dia x penah mengeluh..aku bangga dengan adikku..dan pada ketika itu juga..sedikit demi sedikit kudratnya makin kurang..bermula susut badan,tidak boleh berjalan,tidak boleh duduk,tidak boleh mengangkat tangan,pertuturan kurang lancar dan tidak boleh melihat kami semua..even matanya yang bulat celik..tp dia mmg xbole melihat kami..Ya Allah,sungguh tabah adikku ketika itu..xpenah pon nampak dia menangis..kami yg melihatnya menangis...

Mak aku insan yg paling tabah & sabar menjaga adikku..dgn tanpa ayah & adik2 aku tiada disisi kerana masih bekerja & belajar di kl..dia menjaga sendiri di kampung dirumah nenek & atukku..aku masih igt lagi..tiap2 kali lepas sembahyang aku slalu tgk mak aku menangis..aku slalu peluk dia utk tenangkan dia..aku tahu mak aku perlukan sokongan..bila ada aku pulang,ringan sedikit bebannya..

Disaat ketika dia dalam keadaan nazak,aku,mak,nenek,atuk,makcik berada disisinya..mengajarnya syahadah..aku berikan air zam2 dan mengadapkannya dihadapan kiblat..aku nampak dadanya turun naik nafas..mulutnya seolah2 membaca sesuatu..dan...

Inna Lillah Wa Inna 'ilayhi raji'un..daripadaNya Kita datang & kepadaNya kita kembali...

Semoga adikku ditempatkan bersama2 dikalangan orang2 yang beramal soleh dan beriman..Al-fatihah..Mohammad Fakru Razi Bin Abdull Patas...dirimu tetap kami ingati slalu didalam hati kami semua...

4 comments:

  1. nor...aku tak tau pun kisah ni..
    namun, aku bangga ngan ko sebab ko sangat cekal dan tabah... -lienn-

    ReplyDelete
  2. xpe lien..thanks lienn..support me.. =)

    ReplyDelete
  3. sedihnye sy baca cite aty ni..sebak...al-fatihah utk arwah,semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 beriman....

    ReplyDelete
  4. hasni terima kasih..amin...

    ReplyDelete