Sunday, May 23, 2010

~Al-fatihah buat Arwah Sabitah & Smoga Hidayat Selamat~

Ari Jumaat malam (21 Mei 2010)..tgh aku berehat2 d umah ,aku menerima panggilan telefon dpd seorang student yang mengatakan bahawa anak buah aku (penasihat akademik) telah kembali ker rahmatullah akibat xcident..terkejut aku menerima panggilan tersebut..tetiba student itu mengatakan sorang lagi kritikal pada ketika itu..skali lagi aku terkejut..kerana sorang lagi itu merupakan student anak buah (kelab elektrik) yg baek juga dngnku..Ya Allah..mengigil sume otot ku mendengarnya..

Aku blank..xtau nk wat pe ketika itu..dlm kepala aku teringat hendak meminta aisyah(student kelab) aku menemaniku shj..perjalanan ke hospital yg kurasakan sekejap..tetapi rasa agak lame juga utk tiba..sampai2..aku dapati kawasan persekitaran hospital dungun..penuh dgn pelajar2 iaitu sahabat2 mereka dan sanak saudara mereka..

aku pergi kearah student yg menelefonku..menanyakan keadaan student (YAT) tersebut..ketika itu berada d unit kecemasan..mereka tidak berapa pasti keadaannya..yang pasti mereka masih menunggu utk melihat keadaanya..kemudian aku pergi ke bhgian forensik..utk melihat jenazah..alfatihah utk arwah sabitah..keadaan die elok dpd luar..cuma ada pendarahan yg banyak & kecederaan dlman akibat xciddent tersebut..smoga Allah menempatkannya bersama orang2 yg beramal soleh..

Aku berjumpa dgn ibu kepada arwah..berharap die bersabar menerima dugaan tersebut..aku paham keadaannya..kerana aku pernah melalui saat2 tersebut..malam itu,jenazah dimandikan dan dikafankan terus utk dikebumikan terus..Manakala Yat terus dihantar ke Hospital K.Tganu utk mendpt rawatan yg selanjutnya..

Tgh malam itu,aku pulang sekejap di umah utk menyiapkan diri dan seterusnya utk pergi ke majlis pengembumiian arwah..tetapi aku xsmpt utk tiba dikawasan tersebut..kerana sewaktu perjalanan aku sesat..mujurla ada 3 org std menemani ku..

Pada keesokkannya (22 mei 2010),aku bercadang utk melawat terus Yat di ICU..Sesampai sana..aku berjumpe dgn ayahnya..menanyakan keadaannya..Die mengatakan Yat masih kritikal,tp stabil..cuma berlaku paru2 bengkak & ada sket kebengkakkan otak..aku berdoa hidayat selamat..kuatkan semangat...

Aku masuk ke ICU bersama ibu Yat..Ibu Yat sungguh tabah aku lihat..setiap kali bercerita..pasti die mengeluarkan airmata..ibu mana x sedey melihat keadaan anaknya itu..aku lihat keadaan Yat stabil berbanding sms aku temui di hospital..mujur jantungnya tiada ape2 yg berlaku..


Kepada keluarga Arwah Nur Sabitah..takziah diucapkan..terutama kepada Ibunya..aku lihat sungguh tabah die menghadapi nya..smoga Arwah ditempatkan bersama2 owg yg beramal soleh..arwah ialah seorang insan yang baik..walaupun sekejap shj aku dpt berkenalan dgnnya..tp terasa lama & kepada keluarga Hidayat aku harap mereka sabar menerimanya..Ibubapa Hidayat cukup tenang menghadapi keadaan ini..walaupun aku tau ,ketika itu mereka sedey melihat keadaan anaknya..aku berdoa smoga hidayat dicepatkan sembuh dan kembali kepada yg asal..smoga Allah makbulkan doa ini..Amin..teringat aku..hidayat ini selalu juga singgah opis aku..kalu bukan pasal keje Kelab, tak pun saje2 berborak2 dngn ku..Hidayat sgt baik orangnya..

No comments:

Post a Comment