Monday, April 12, 2010

~Surah Ayatul Syifa': Al-Quran Sebagai Rahmat & Penyembuh~

Sharing time..

Bismmillahirrahmannirahim..

Assalammualaikum w.b.t (sopannya aku arini.. =) )

Syukur alhamdullillah,pagi ini aku masih diberi peluang utk meneruskan hidup & aku xtau ape yg bakal berlaku sekejap lagi..semua sudah ditentukan...

Arini aku nk share something ngan korang..biasa aku share aku pnye life ngan korang,but dis time aku nak share berkenaan dengan keistimewaan ayatul syifa' iaitu Al-Quran sebagai Rahmat & Penyembuh.Thank you kepada 'hamba Allah' ini sudi berkongsi ilmu dengan aku..& aku cuba panjangkan ilmu ni kepada kamu semua..smoga sama2 mendapat keberkatan & kebaikkan daripada mengamalkannya..

kawan-kawan sume leh check kat link ni http://www.darussyifa.org/AyatulSyifa.php ..Ayatul Syifa mempunyai 6 surah yang boleh diamalkan dalam kehidupan anda.Antara ayat2 tersebut adalah dari Surah at-Taubah (14),Surah Yunus (57),Surah an-Nahl(69),Surah al-Isra'(82),Surah asy-Syu'ara' (80) & Surah Fussilat (44)

Dibawah adalah ringkasan petikan daripada link yg aku bagi td,mari sama2 renung-renungkan

Allah S.w.t menyuruh org beriman mendirikan solat agar membasuh anggota air sembahyang itu adalah memelihara jasad,menjaga kulit dpd terdpt padanya.Begitu juga,amalan berkumur dan memasukkan air ke hidung adalah utk memelihara gigi dan urat saraf.

Allah s.w.t. juga menyuruh orang yang berjunub agar membersihkan diri (al-Maa-idah: 6) untuk membersihkan seluruh jasad, mengembalikan kecerdasan tubuh, memulihkan semula edaran darah juga mencergaskan fungsi sendi otot dan urat saraf.

Di samping membersihkan anggota zahir, sembahyang merupakan tuntutan menyucikan batin. Mengelakkan diri daripada melakukan dosa-dosa kecil yang ber panjangan juga kemungkaran dosa-dosa besar. Akan lahir daripada ibadah tersebut semulia-mulia akhlak dalam diri. Dengan sembahyang jiwa menjadi tenang. Ketenangan merupakan asas kesejahteraan individu.

Allah s.w.t. mewajibkan setiap orang agar berpuasa untuk melahirkan rasa takwa. Berpuasa secara tidak langsung memberi kerehatan pada seluruh organ peng hadaman, menyebabkan puasa sekarang ini merupakan satu kaedah terbaru, yang diterima umum untuk mengu bat penyakit dalam perut, radang paru-paru, sakit sendi juga lain-lain penyakit serius.

Untuk memelihara kesihatan, Islam menegah se seorang memakan makanan yang memberi mudarat seperti bangkai, babi dan sebagainya, juga melarang zina kerana ia merosakkan diri dan masyarakat. Rasulullah saw. juga memberi amaran agar jangan memasukkan makanan ke dalam makanan (menambah makanan sebelum makanan di mulut hancur terkunyah), memberi amaran tentang bahaya taun dan kusta dan menggesa orang yang sakit agar berubat. Baginda juga menegah seseorang membuang air kecil di air yang berlari.

Mengambil makanan ketika perlu merupakan satu faktor utama kesihatan yang berterusan. Selain daripada mendatangkan mudarat, amalan menelan makanan sebelum hadam, melakukan pergerakan yang banyak selepas makan juga tidak baik.

Baginda saw. juga menyuruh agar setiap makanan dan minuman ditutup dengan menyebut nama Allah, agar tidak jatuh padanya binatang yang beracun, yang boleh membunuh pemakan atau peminumnya.

p/s : aku mendoakan semua orang mendapat kesejahteraan hidup & kesihatan yang baik oleh Allah S.w.T =)




2 comments:

  1. Alhamdulillah...amiklah pengiktibaran dan amalkan segala sunnah yg diajar oleh Rasulullah saw dlm kisah diatas...tidaklah terjadi sesuatu itu dgn sia2,melainkan ada hikmah disebaliknya...ajal & maut ditgn Allah..redha atas segala ketentuan..

    ReplyDelete
  2. thank u malia atas nasihat mu itu.. =)

    ReplyDelete