Saturday, April 17, 2010

~memotong kuku mengikut sunnah Nabi Muhammad S.a.W~

sOMetimes sHaring is good.. =)

Ok..kali nie aku nak share something..pagi td..tengah rilek2 sementara nak p kursus aku teringat time belajo dulu2..masa kat UMP..dulu namenye KUKTEM..aku beruntung kerana mempunyai coursemate yg sangat2 rapat..ibarat cam family..semua xtvt ada kalanya dilakukan bersama..sampaikan kalu nak p fakulti memang pergi ramai2 la katakan..



Tapi sebenarnya aku bukan nak citer pasal budak2 course ni..aku nak cter pasal info yg bergune. Aku igt lagi time tuh..biasakan kalau ari jumaat..lepas kelas memang xde nak wat pe..budak laki sure akan pergi sembahyang jumaat punya..& budak pompuan nak wat ape time tuh??tdo?gosip?..no no no..sume salah..hehehe..ini yg bagusnya dak2 BEN (Bachelor Electrical Network) Pompuan...puji sket...kitorang ada slot tersendiri..iaitu mengadakan sesi usrah ataupon sesi muhasabah diri atau sesi tazkirah...setiap ari jumaat after class kitorang berkumpul kat mane2 bilik kosong wat la tazkirah dulu..sblm nk balik tdo ker ape..

Paling aku x lupe tazkirah yang disampaikan oleh miss aisya..=)..berkenaan cara potong kuku mengikut sunnah..yela..masa tu xtau..aku suka suki je potong kuku yg mana aku suke..so dis time meh sini aku citer sket k..kalu rajin leh tengok kat website laen k.. =)..pada yg sudah mengamalkannya dr dulu..tahniah diucapkan..

Kat bawah ni,aku uploadkan picture berkenaan potong kuku ikut sunnah Nabi..Jadi kalu korang perhatikan kat pic tu ada numbering kan?..so seelok2nya ikut la numbering tersebut..maksudnye mengikut susunan...Sebenarnya ada kebaikan mengapa Nabi Muhammad S.a.W memotong kuku dengan cara begitu..Kalu perhatikan potong kuku jari & kaki adalah berbeza..So hopefully kawan2 bole mengamalkan nya..aku pon mengingatkan diri aku gak,..biasala manusia cepat sangat lupe..


Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Ok kat bawah ni,aku copy dari website yg aku baca..slamat membaca.. =)

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.


Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).


Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Ok ape yg aku baca td,seelok-eloknya potonglah kuku pada hari Khamis @ Jumaat





No comments:

Post a Comment