Assalammualaikum w.b.t
Tetiba mood nak mengarang blog..walhal banyak keje aku perlu
settlekan sebelum nak bercuti panjang nie..Agak lama aku menyepikan diri utk
mengarang2 blog nie..hehe..ini merupakan pembukaan penulisan pada tahun baru…
Masih x terlambat untuk ucapkan selamat menyambut tahun baru
kepada rakan2 blog sekalian..Smoga pada tahun nie,dilimpahkan segala rezeki
yang melimpah ruah..Aamiin..
Bulan Januari 2013 tercatat ada 2 ujian menantiku..lain
orang lain ujiannya..itulah kehidupan..Allah S.w.T telah merencanakan sesuatu
yg baik utk hamba-hambaNya.. Hanya insan yang Kuat,tabah dan sabar dapat
menempuhnya.. =)..aku sangat berdebar menantinya..Semoga Allah memudahkan jalan
yang bakal aku lalui..aamiin
Ujian pertama adalah ujian nak mengambil peperiksaan final
master aku..dup dap berdebar2 gile..tp mood study xdtg lagi..mcam mane nak wat
eh..huhuhu..final kali nie buat aku rasa sgt bimbang..boleh ker nak jawab (rasa
mcam xtau ape plak blja kali nie), smpt ke nak amik (hope sgt2 smpt
amik..huhhuh)..smoga Allah dapat memberi buah fikiran semasa menjawab final
nnt..Kepada rakan2 sekuliah..doaku semoga Berjaya ye..harap kite sume dapat
menjawab dengan mudahnya..aamiin..
Ujian kedua adalah untuk menyambut kelahiran org
ketiga..dalam keadaan sarat begini ibu gagahkan juga untuk membuat segala
perkara sebelum bercuti..xsabar menunggu kelahiran ini..walaupun aku tau banyak
dugaan & cabaran semasa mengandungkannya..puas ibu menangis dan ibu
berdoa..tp kali nie, ibu redha dengan semuanya…skang ibu mampu tersenyum dan
gelak bersama rakan2..tp dlm hati,hanya Allah yang tahu..smoga Allah memberikan
keajaiban kepada bayi ku nnt..ibu sgt gembira ketika kamu sangat aktif dalam
perut ibu..Ibu menerima seadanya kamu..Kerana kamu adalah amanah Allah yg Allah
berikan kepada ibu & ayah..Teringat kata2 doc tempoh hari,’Ibu sihat,tiada masalah tp memang Allah
nak ciptakan sebegitu,ujian utk kamu
ibu.Jadi ibu kene kuat & jgn stress k,ada hikmahnya’..aku masih mampu
tersenyum mendengar kata2 doc..yer dgn senyuman mampu menghilangkan segala masalah..Selagi anak ibu
xkuar lagi,selagi itu ibu mengharapkan doa ibu dimakbulkan Allah..Allah itu Maha
adil kepada hamba-hambaNya..smoga Allah memberi kekuatan kepada diriku…
“Apabila seseorang hamba gagal mendapatkan bantuan dari sesame
manusia dan sudah putus asa terhadap mereka,nescaya dalam hatinya akan timbul
harapan kepada Tuhannya dan dia akan mengajukan permohonannya kepada Tuhannya.
Allah Yang Maha Esa pasti mengabulkan permohonannya,menghilangkan kesusahan
yang sedang menimpanya,menyingkirkan kesedihan yang menyelimutinya,menggantikan
kesempitannya dengan kelapangan,kedukaannya dengan kegembiraan dan kesusahannya
dengan kebahagiaan’’ Ibn Qayyim Al-Jawziyah
P/S: Lepas amik final master nie,terus p spital jupe doc
pula n bercuti panjang..kebetulan date yg sama..smoga Allah permudahkan urusan
ku…aamiin..